Sokong sepenuhnya cadangan penubuhan IPT di Bahagian Sri Aman

SIMANGGANG: Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Simanggang, Tay Cho Seng menyokong sepenuhnya cadangan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengenai penubuhan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Bahagian Sri Aman.

Dayang Noorazah membangkitkan isu berkenaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Tay berkata, Sri Aman sebagai bahagian kedua terbesar di Sarawak mempunyai banyak potensi untuk diterokai, terutamanya dengan pelaksanaan projek jelapang padi oleh kerajaan Sarawak.

“Untuk memenuhi keperluan pendidikan penduduk tempatan pada tahap yang lebih tinggi, Sri Aman wajar memiliki sebuah IPT baharu. Ketika ini, Sarawak Skills Sri Aman yang sedia ada lebih tertumpu kepada penyediaan latihan kemahiran teknikal.

“Walaupun ia telah berjaya melahirkan ramai tenaga kerja teknikal berkualiti untuk syarikat tempatan, penubuhan sebuah IPT akan meluaskan lagi tawaran akademik kepada pelbagai bidang pengajian dan profesional,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tay menambah IPT ini berpotensi menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas.

Langkah ini katanya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pendidikan pelajar muda secara lebih menyeluruh tetapi juga menarik lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar ke Sri Aman, seterusnya meningkatkan taraf pendidikan di kawasan ini.

“Pada masa yang sama, penubuhan IPT di Sri Aman akan membuka peluang pekerjaan baharu dan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur bandar, termasuk pengangkutan, penginapan dan perkhidmatan komersial.

“Terdapat banyak contoh yang membuktikan keberkesanan langkah ini, seperti pembangunan Cyberjaya yang pesat setelah penubuhan Universiti Multimedia (MMU) yang berjaya merancakkan ekonomi dan pembangunan kawasan tersebut,” katanya.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah