APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

SPAOH: Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong berjaya menangkap ular sawa batik yang berada siling rumah penduduk di Kampung Bungin dekat sini baru-baru ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata Bilik Gerakan APM Spaoh telah menerima panggilan daripada penduduk berhubung penemuan reptilia itu sekitar jam 10.32 malam.

Beliau berkata, sepasukan empat anggota APM Spaoh telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan tersebut.

“Bilik gerakan APM Spaoh telah menerima panggilan daripada pemilik rumah menyatakan melihat kelibat seekor ular yang berada di siling rumahnya dan memohon APM Spaoh untuk menangkap ular tersebut.

“Sampai dilokasi, anggota APM terus melakukan pencarian dan mendapati kelibat seekor ular sawa batik sedang berlegar dalam siling rumah pengadu,” katanya.

Siti Huzaimah berkata reptilia tersebut akhirnya berjaya ditangkap dengan pantas tanpa mengalami sebarang kecederaan kepada anggota.

Justeru itu, beliau menegaskan orang ramai dinasihat untuk menghubungi pihak APM yang berkemahiran dalam mengendalikan kes kediaman atau premis diceroboh haiwan berbisa terutama ular bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di daerah berkenaan yang masih mempercayai ketangkasan anggota APM menangkap reptilia berbisa yang boleh membunuh mangsa dalam masa singkat.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah