Replika rumah panjang pada RFF tahun ini

ROBAN: Replika rumah panjang masyarakat Iban yang dibina di Pekan Roban semasa penganjuran Pesta Roban tahun lalu akan dikekalkan dan diberikan nafas serta sentuhan baharu menjelang penganjuran Festival Makanan Roban (RFF) pada 29 November hingga 15 Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata replika rumah panjang yang dibina dengan konsep asli dan tradisional antara keistimewaan yang diketengahkan pada penganjuran RFF 2024 yang kedua kalinya bakal diadakan nanti.

“Seperti sedia lihat pada penganjuran sebelum ini, replika rumah panjang ini telah menjadi perhatian utama dan dikunjungi oleh masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Jadi, dengan pengekalan replika rumah panjang ini semasa RFF itu nanti, semua pengunjung tidak kira bangsa akan terus berpeluang merasai suasana sebenar ketika berada di rumah panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Replika Rumah Tradisi Iban di Pekan Roban, hari ini. Turut hadir ialah Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom.

Friday berkata replika rumah panjang tersebut dibina secara gotong-royong dan ia adalah satu inisiatif dan usaha seramai 80 orang ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di kawasan Roban.

Beliau menambah, dengan wujudnya replika rumah panjang ini, sudah pastinya pengunjung akan dapat merasai suasana sebenar ketika keberadaan di rumah panjang di tapak RFF 2024 itu nanti.

“Saya juga amat teruja dan berasa bangga dengan hasil kerjasama dikalangan KMKK di kawasan Roban terutamanya dalam pembinaan replika rumah panjang Iban.

“Replika rumah panjang yang bermodelkan rumah panjang zaman nenek moyang patut diperingati kerana ia menjadi satu sejarah adat tradisi,” katanya.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah