Generasi muda perlu persiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran

SARATOK: Dalam dunia yang semakin kompleks dan berdaya saing ini, generasi muda perlu dipersiapkan dengan pengetahuan, kemahiran, serta sikap yang proaktif bagi menghadapi cabaran masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata hari ini bukan sahaja peluang untuk pelajar mengenal pasti laluan pendidikan yang sesuai, tetapi juga membantu mereka memahami bagaimana keputusan hari ini boleh memberi kesan kepada masa depan mereka.

“Di sinilah mereka dapat bertemu dengan wakil daripada pelbagai institusi pengajian tinggi, agensi pekerjaan, dan organisasi lain yang boleh memberikan panduan tentang laluan kerjaya yang mereka minati.

“Bukan itu sahaja, program ini juga menyediakan ruang untuk ibu bapa memahami peranan mereka dalam membimbing anak-anak. Anak-anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada keluarga untuk membuat keputusan yang tepat,” katanya semasa merasmikan Hari Kerjaya dan Pendidikan Daerah Saratok 2024 bertempat di Dewan SJKC Min Syn dekat sini hari ini.

Mohamad Duri berkata dunia hari ini bergerak dengan pantas, dan revolusi teknologi terus mengubah landskap kerjaya. Kerjaya yang wujud 20 tahun dahulu mungkin sudah lenyap, manakala pekerjaan yang tidak pernah kita bayangkan kini menjadi keperluan.

“Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi perubahan ini dengan pemikiran yang terbuka dan berorientasikan masa depan.

“Program seperti ini memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang bidang-bidang baharu yang sedang berkembang, seperti kecerdasan buatan, data analitik, tenaga hijau dan keusahawanan digital serta bidang-bidang yang berkaitan dengan kemahiran dan teknikal,” katanya.

Pada masa yang sama kata Mohamad Duri, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi serta pusat pengajian kemahiran dan teknikal. Bagi pelajar yang kurang berminat dalam bidang akademik, terokalah bidang teknikal yang menjanjikan peluang kerjaya yang luas.

Sementara itu, seramai 260 pelajar daripada enam buah sekolah menengah di daerah Saratok termasuk 16 buah agensi serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah menghadiri program berkenaan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kerjaya pendidikan masa kini.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah