Abdul Rahim dipilih Ketua Pemuda PBB Cawangan Lingga yang baharu

SIMANGGANG: Abdul Rahim Jamil telah diberi mandat untuk menerajui Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.28 Lingga apabila dilantik sebagai ketua pergerakan tersebut.

Pelantikan beliau diumum oleh penyelaras mesyuarat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB, Kaunselor Kasdi Pandi pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tiga Tahun Sekali Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.28 Lingga yang diadakan di Dewan Suarah Sri Aman, semalam.

Abdul Rahim Jamil

Abdul Rahim, 37, yang merupakan anak jati tempatan dan berasal dari Kampung Tengah Simanggang dipilih selepas menang dalam proses undian yang diadakan semasa mesyuarat berlangsung.

Beliau menang 115 undi menewaskan Awangku Hafizi Awang Azahari dengan 77 undi. Sementara itu, jawatan timbalan ketua pemuda PBB menyaksikan Daniel Wharff Nanta menang tanpa bertanding.

Suhaidi Los

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor mengekalkan jawatan sebagai ketua cawangan PBB Cawangan Lingga sesi 2025 hingga 2027.

Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Parti PBB Cawangan Lingga yang berlangsung itu turut menyaksikan jawatan timbalan ketua cawangan telah dimenangi oleh Suhaidi Los selepas menewaskan Bakthiar Mathan dengan undian 103 berbalas 31.

Bagi jawatan Naib Ketua 1 Pesaka, Jemmy Ngindang diumum sebagai pemenang selepas menewaskan Kunjang Nanang.

Jawatan Ketua Wanita PBB pula, Sapiah Drahman juga menang tanpa bertanding, manakala bagi jawatan timbalan ketua wanita PBB telah dimenangi oleh Malita Kasi selepas memperolehi undian sebanyak 73 undi menewaskan Florence Suyong.

Dalam pada itu Zikry Shukri dipilih sebagai Ketua Sayap Belia PBB Cawangan Lingga yang baharu. Beliau dibantu oleh Emely Ann Dennis sebagai timbalan ketua.

Dayang Nur Shaheeda dilantik sebagai setiausaha, Mohamad Aqkarul Azib Azmi dilantik sebagai ketua penerangan dan seramai enam individu dilantik sebagai ahli jawatankuasa.

Majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan Tiga Tahun Sekali Parti PBB Cawangan N.28 Lingga Sesi 2024-2027 itu telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Agung Parti PBB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah