KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

SIMANGGANG: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Tiara telah dinobat sebagai KRT Cemerlang sempena majlis Apresiasi KRT 2024 Bahagian Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman, dekat sini semalam.

Sementara itu, sebanyak 10 buah KRT diumum sebagai KRT paling aktif iaitu KRT Taman Tiara; KRT Entebar Undop Batu Lintang; KRT Kampung Hilir Bakong; KRT Kampung Tengah Bakong; KRT Tanjung Engkabang; KRT Sungai Tenggak Lubok Ju Menalang; KRT Kampung Stumbin; KRT Kejatau; KRT Tanah Baru Sembau dan KRT Pekan Lingga.

Bagi anugerah skim rondaan sukarela (SRS) paling aktif, sebanyak 10 SRS yang menerima iaitu Kampung Tengah Bakong; Kampung Hilir Bakong; Kampung Hulu Bakong; Kampung Tengah Lingga; Pekan Lingga; Kampung Hulu Lingga; Pekan Lubok Antu; Entebar Undop; Taman Gamang dan Kampung Muhibbah Zon 1.

KRT Kampung Muhibbah Zon 2B telah dinobat sebagai Jiran Wanita paling aktif, manakala Jiran Muda paling aktif kepada KRT Kampung Muhibbah Zon 3, anugerah Tunas Jiran paling aktif kepada KRT Taman Harmoni Orkid dan anugerah Jiran Usia Emas paling aktif kepada KRT Taman Tiara.

Anugerah jaringan aktif KRT bersama agensi luar iaitu KRT Taman Tiara; KRT Kampung Tengah Bakong; KRT Taman Gamang; KRT Entebar Undop; KRT Sabu; KRT Taman Desa Indah; KRT Pekan Lubok Antu dan KRT Gran Ulu.

Kesemua anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang dan Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek.

Dalam pada itu, Ahmad Noorkamal berkata kejayaan bukan satu aras sekadar untuk dibanggakan sebaliknya perlu dipertingkatkan melalui penerapan semangat persaingan sihat serta kesepaduan antara ahli-ahli KRT.

“KRT perlu melipatgandakan usaha agar setiap program yang dianjurkan memberi manfaat menyeluruh. Tahniah kepada semua penerima anugerah ini,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 63 buah KRT di Bahagian Sri Aman telah berhimpun pada majlis ini termasuk tujuh buah KRT yang baharu ditubuhkan. – Utusan Sarawak

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah