Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai nanti.

Berusia 10 tahun, Baptista atau nama timangannya, Nuel@Levat berasal dari Rumah Sekapan, Piit Belaga yang bersekolah tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 7 Matang, Kuching itu telah berjaya memenangi pingat perak dalam uji bakat MCOPA Malaysia baru-baru ini di Star On Stage Kuching, sekali gus melayakkannya mewakili Malaysia ke kejohanan dunia itu.

Bapa kepada Baptista, Korintus Leban, 53, berkata atas faktor keselamatan semasa, pasukan Malaysia terpaksa menangguhkan penyertaan mereka pada tahun ini.

“Jika keadaan mengizinkan pasukan Malaysia akan menyertai semula WCOPA pada tahun hadapan.

“Penangguhan penyertaan Baptista dan pasukan Malaysia pada kali ini tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni sape.

“Mungkin ada hikmah disebalik semuanya, walaupun belum dapat mewakili Malaysia pada tahun ini ekoran ketegangan yang berlaku di negara sana,” katanya.

Korintus berkata anaknya itu telah mendapat peluang keemasan untuk membuat persembahan muzik sape tradisional ‘Leto Ngorek’ secara solo dan seterusnya bermain sape jantung untuk mengiringi kumpulannya Manai Kuwai Kancet Ajai Warrior Dance pada malam ketiga konsert yang berkongsi pentas utama (jungle stage) bersama artis lain pada konsert Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025, baru-baru ini.

Antaranya ialah Buddha Beat yang menampilkan Sinaran Collective (Malaysia), Manhu (China), Tal Fry (India), Buluh Berkocak (Sarawak), La Chiva Gantiva (Colombia/Belgium), N’famady Kouyate (Guinea/UK) dan At Adau (Sarawak).

Beliau berkata Kancet Ajai adalah tarian perang atau pahlawan ini diketuai oleh beliau sendiri (ayah Nuel) yang pertama kali diperkenalkan oleh penganjur di pentas RWMF 2025 atas saranan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak, Dato’ Dennis Ngau agar menghangatkan lagi suasana pentas pada malam terakhir RWMF 2025.

“Kemahiran Baptista bermain alat muzik sape memang tidak dapat disangkal lagi kerana dia mempunyai aura tersendiri bila bermain sape ketika di atas pentas.

“Keunikkannya dengan berpakaian tradisional masyarakat Orang Ulu dari etnik Sekapan turut menarik perhatian ribuan penonton yang hadir dan juga pujian semangat dari artis lagendq di acara RWMF 2025 seperti At Adau dan Jerry Kamit. Baptista juga mengharapkan ada peluang untuk bergandingan dengan mereka suatu hari nanti,” jelasnya.

Korintus berkata Baptista juga mencipta sejarah tersendiri kerana dia adalah pemain sape termuda dalam sejarah RWMF yang membuat persembahan di pentas utama RWMF.

“Walaupun telah berjaya menarik perhatian penonton pada usia sebegitu muda dia tetap merendah diri seperti nama kumpulan asalnya bersama bapanya sendiri iaitu ‘Ngelotak Danum’ yang bermaksud hadirnya sekadar bukanlah kerana kehebatannya, tetapi hadir sekadar memeriahkan suasana saja.

“Perjalanan seninya masih jauh dan beliau bercita-cita menjadi seorang guru muzik suatu hari nanti. Permainan sape adalah hobinya dimasa lapang,” ujarnya.

  • Related Posts

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    SIMANGGANG: Kira-kira 1,000 ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang, Pantu dan Lingga telah berhimpun pada Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-66 SUPP Cawangan Simanggang yang telah diadakan dekat sini hari…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah