RUU dilulus beri Sarawak autonomi besar pengurusan sumber asli

SARATOK: Isu mengenai pemiliharaan alam sekitar yang mampan dan tadbir urus sumber asli amat penting kepada Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sebab itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang berlangsung sekarang, satu Rang Undang-undang (RUU) telah diluluskan bagi memberi Sarawak autonomi yang lebih besar dari sudut kuasa kawalan penuh terhadap pengurusan sumber asli dan kawal selia pemuliharaan alam sekitar dan pencemaran.

“Kuasa ini adalah satu daripada 13 perkara pemerkasaan pentadbiran melalui reformasi perlembagaan sejak 2014 seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dari sudut ekonomi, seperti mana kita sedia maklum, Wilayah Sarawak sudah pun diiktiraf oleh Bank Dunia
sebagai wilayah berpendapatan tinggi tahun 2023.

“Pengiktirafan ini semestinya memberi kebanggaan tinggi kepada semua kita kerana ini jelas membuktikan bahawa dasar pembangunan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah pada landasan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan siri jelajah taklimat dan penerangan berkenaan Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan Sarawak di Dewan Masyarakat Sri Krian, baru-baru ini.

Mohamad Duri menambah, dengan itu pendapatan kasar Sarawak atau Gross National Income (GNI) per kapita Sarawak sudah mencapai tahap yang amat tinggi iaitu US17,000 atau sudah mencecah lebih RM70,000 pada tahun 2023.

“Namun, itu hanya manifestasi kejayaan ekonomi diperingkat negeri sahaja yang kita turut bangga sekali. Tetapi pencapaian kejayaan ini tidak mencukupi atau terhenti di situ sahaja.

“Maka kerajaan Sarawak komited untuk menterjemahkan GNI ini kepada usaha meningkatan pendapatan per kapita isi rumah menjelang 2030.
Hanya dengan itu kesejahteraan rakyat Sarawak akhirnya dapat ditingkatkan secara menyeluruh sejajar dengan matlamat untuk menjadi sarawak sebagai wilayah yang maju dan berpendapan tinggi dalam Malaysia menjelang 2030,” katanya.

Sementara itu, seramai 450 pemimpin akar umbi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka telah berkampung di Dewan Masyarakat Sri Krian bagi mengikuti siri jelajah taklimat dan penerangan berkenaan PCDS 2030 kerajaan Sarawak.

Majlis taklimat itu diadakan sempena Program Jangkauan Setiausaha Politik anjuran Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok dan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.38 Kalaka itu telah dihadiri Ketua Penyelaras Program Jangkauan Setiausaha Politik kepada Premier, Abdul Samat Gany dan Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid.

Barisan penceramah-penceramah dari Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak adalah terdiri daripada Abdul Samat Gany, Dr Dayang Fifie Abang Abdul Karim, Abang Abdul Aziz Datuk Dr Abang Abdul Draup, John Nyigor yang masing-masingnya turut memberi penerangan berhubung aspirasi terkandung dalam PCDS 2030.

Penceramah lain yang turut memberi penerangan termasuk Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC), Mutiara Mortgage & Finance, Kementerian Utiliti dan Komunikasi (MUT) Sarawak, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

  • Related Posts

    Angkat semula martabat sukan sepak takraw di Sri Aman

    SIMANGGANG: Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA) yang baharu, Awangku Hafizi Awang Azahari komited untuk mengangkat semula martabat sukan sepak takraw di bahagian itu. Katanya Bahagian Sri Aman…

    Simanggang Legacy juara Dart Karnival DUN Lingga 2024

    SIMANGGANG: Gandingan Morris Omar dan Malcom Duhim daripada Simanggang Legacy muncul juara Pertandingan Souble Dart sempena penganjuran Karnival Belia DUN N.28 Lingga di Dewan Anjung Merpati, petang Ahad lalu. Dalam…

    You Missed

    Angkat semula martabat sukan sepak takraw di Sri Aman

    Angkat semula martabat sukan sepak takraw di Sri Aman

    Simanggang Legacy juara Dart Karnival DUN Lingga 2024

    Simanggang Legacy juara Dart Karnival DUN Lingga 2024

    Tanam kenaf 2,000 hektar di Segading, Sessang

    Tanam kenaf 2,000 hektar di Segading, Sessang

    RUU dilulus beri Sarawak autonomi besar pengurusan sumber asli

    RUU dilulus beri Sarawak autonomi besar pengurusan sumber asli

    35 penduduk dari tiga buah kampung telah dibantu

    35 penduduk dari tiga buah kampung telah dibantu

    Program Reruai Madani PMBS Gemilang, meriah

    Program Reruai Madani PMBS Gemilang, meriah