‘Segulai Sejalai’ bangunkan Saratok

SARATOK: ‘Segulai Sejalai’ dalam membangunkan Daerah Saratok, itu yang menjadi amalan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka dan Krian.

Menyedari kekangan masa dengan pelbagai aktiviti serta lawatan turun padang di kawasan masing-masing, kedua-dua ADUN iaitu Mohamad Duri (Kalaka) dan Friday Belik (Krian) tidak melepaskan peluang dengan mengambil pendekatan santai sembang di kedai kopi membicarakan pembangunan di daerah itu.

Di kesempatan tersebut, mereka sempat membicarakan beberapa perkara yang melibatkan Bahagian Betong terutamanya di kawasan DUN Kalaka dan Kawasan DUN Krian.

DUN Kalaka dan DUN Krian masih berkongsi beberapa fasiliti di kawasan Saratok memandangkan kedua-dua DUN tersebut adalah berjiran.

Sebagai contoh fasiliti sukan seperti di Stadium Mini, Pasar Saratok, Gerai Majlis Daerah Saratok (MDS), Hospital, sekolah, kawasan perumahan dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, kedua-dua wakil rakyat tersebut sentiasa duduk bersama membincangkan kemudahan-kemudahan asas bagi bagi memenuhi keperluan rakyat.

Menurut Mohamad Duri, pendekatan sebegitu lebih baik kerana dapat mengesan permasalahan ataupun isu yang dihadapi oleh rakyat dapat dibincangkan bersama-sama.

“Saya suka luangkan masa bersama rakyat, wakil agensi kerajaan termasuk ADUN Krian sendiri di kedai kopi dan berdiskusi tentang isu semasa.

“Peluang yang ada kita gunakan untuk menyelesaikan permasalahan serta permasalahan penduduk, oleh itu pendekatan ini akan dikekalkan sebagai tradisi khususnya bertemu mata dengan rakan seperjuangan serta masyarakat di kawasan kampung,” katanya.

Turut bersama iaitu Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abu Nawas; Tuai Rumah Spencer Gon dan Pusat Khidmat ADUN Kalaka dan Krian bersarapan bersama-sama di Belian Corner dekat Kampung Nyabor.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah