Bangkai paus ditemui berhampiran Jambatan Triso

TRISO: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan bangkai ikan paus ditemui berhampiran Jambatan Triso di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SFC di laman media sosial Facebook hari ini menjelaskan, ia susulan usaha pencarian telah dimulakan selepas video tular menarik perhatian umum.

“Penilaian awal mendedahkan bahawa bangkai mamalia itu berada dalam keadaan penguraian dan berada di ambang perpecahan.

“Pada masa ini, ia tersangkut pada jeriji dan hanya boleh diambil semasa air pasang,” katanya.

SFC berkata, bangkai paus yang ditemui itu dipercayai adalah dari jenis Paus Baleen dewasa.

“Mamalia ini berukuran kira-kira 10 meter (m) panjang, dengan ukur lilit sekitar 2.8 m dan kira-kira 50 alur tekak.

“Pasukan Veterinar dan Forensik SFC dengan kerjasama Jabatan Muzium akan mengumpul kesemua rangka tulang mamalia tersebut pada esok untuk analisis lanjut,” katanya.

Terdahulu, Selasa lalu nelayan di sini gempar apabila menemui bangkai seekor ikan paus terapung di perairan Sungai Batang Lupar dekat Kampung Pulau Seduku ketika hendak turun menangkap ikan.

Dua hari selepas itu, bangkai ikan paus itu ditemui semula di kawasan Feri Sungai Triso, dekat Jambatan Batang Lupar.

Mamalia itu pertama kali dijumpa di perairan Batang Lupar, dipercayai tersesat sebelum dibawa arus semasa air pasang besar sebelum memasuki perairan Sungai Batang Lupar.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah