Jackson ditemui meninggal dunia

SRI AMAN: Seorang mangsa yang dikenali Jackson Bar Runi berusia 23 tahun menghidapi sejarah sakit sawan yang dilaporkan hilang sejak 20 November lalu ditemui meninggal dunia hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata mangsa telah ditemui oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 10.25 pagi tadi.

“Sekitar jam 10.25 pagi, terima maklumat daripada pasukan penyelamat dilokasi yang memaklumkan bahawa mangsa telah dijumpai di hilir Sungai Dor dalam jarak 1.6 kilometer (KM) dari rumah mangsa.

“Status mangsa dilaporkan telah meninggal dunia telah berjaya dikeluarkan dari lokasi sungai ke jalan utama Sri Aman- Kuching untuk diserahkan kepada pihak polis bagi dihantar ke Hospital Sri Aman,” katanya.

Dalam pada itu, operasi SAR yang telah diaktifkan sejak 21 November lalu telah ditamatkan.

“Berikutan penemuan itu, SAR yang telah dilancarkan sejak 21 November lalu oleh agensi penyelamat serta penduduk kampung, ditamatkan sekitar jam 12.30 tengah hari tadi,” katanya.

Dalam pada itu, SAR yang memasuki hari kelapan pada hari ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan hasil perbincangan serta taklimat antara agensi, pencarian dipermukaan air menggunakan bot akan dilakukan di kawasan Loji Rawatan Air Melugu serta hilir sungai dalam radius 2 KM dari loji terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian 20 November lalu lebih kurang jam 10 pagi bertempat di Rumah Jinis, Tekalong Melugu Scheme, mangsa dilaporkan telah keluar rumah dan tidak memberitahu kepada ahli keluarga kemana beliau pergi.

Difahamkan, mangsa menghidapi penyakit sawan. Pakaian semasa mangsa semasa keluar rumah menggunakan baju T berwarna putih.

  • Related Posts

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    KUCHING: Pemain sape cilik dari Belaga, Baptista Emmanuell Korintus terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding di pentas Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) di California, Amerika Syarikat pada 15 hingga 24 Julai…

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Hj Bujang meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini. Berita mengenai kematian Juma’ani…

    You Missed

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    76 individu ditahan dalam Ops Sapu di sekitar Kabong

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Baptista terpaksa lupakan hasrat beraksi di WCOPA California

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Isteri Premier Sarawak meninggal dunia

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    Sambutan ulang tahun ke-66 SUPP Cawangan Simanggang

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    KRT Taman Tiara Sri Aman dinobat sebagai KRT Cemerlang 2024

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah

    APM tangkap ular sawa di atas siling rumah